fbpx
RATA-rata penjawat awam di Johor Bahru mengadu harga perkhidmatan di rumah transit anak-anak meningkat sehingga 10 peratus. – GAMBAR HIASAN

Caj terkini transit tiga anak kini cecah RM800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ketika rak­yat berdepan dengan pelbagai krisis kenaikan harga barang dan perkhidmatan, timbul pula masalah rungutan daripada orang awam berhubung dakwaan caj perkhidmatan penjaga kanak-kanak di rumah transit kakitangan awam serta swasta naik harga.

Rata-rata penjawat awam yang dihubungi memaklumkan harga perkhidmatan yang dikenakan meningkat sehingga 10 peratus.

Antara alasan yang diberikan pengusaha-pengusaha rumah transit ini adalah kerana gaji ka­kitangan kerajaan naik setiap tahun selain faktor kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain.

Menurut seorang penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, kos caj per­khidmatan yang terpaksa ditanggungnya untuk tiga orang anak mencecah RM800 sebulan.

“Saya mempunyai tiga orang anak berusia 3 hingga 8 tahun dihantar ke rumah transit sekitar daerah ini untuk perkhidmatan transit, sebulan sekarang kena bayar RM770, kalau tahun lepas RM680.

“Peningkatan rata-rata naik RM30 untuk satu orang anak, kalau anak umur bawah dua tahun mahal sikit, kalau dulu RM350 sekarang sudah RM380. Bagi budak umur dua tahun ke atas murah sikit antara RM200 hingga RM250 untuk seorang anak,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ahmad berkata, caj ini dikenakan untuk perkhidmatan mengambil dan menghantar anak ke sekolah agama sebelah petang selain makan minum dua kali sehari.

Seorang lagi pegawai perkhidmatan pelanggan yang tinggal di Segamat, dekat sini, Aisyah, 34, berkata, dia turut terkesan de­ngan kenaikan caj terbaharu ini.

Menurut Aisyah, anaknya yang berusia lapan tahun dihantar ke rumah atau premis yang mengusahakan perkhidmatan transit dikenakan caj sebanyak RM180 bagi seorang anak.

“Kalau sebelum ini, hanya RM150 tapi sekarang sudah naik RM30 menjadi RM180. Caj ini ­bergantung kepada faktor eko­nomi setempat daerah mana kita tinggal, jika di Segamat ini kos sewa permis lebih murah, jadi harga caj lebih rendah berban­ding di daearah-daerah besar seperti Johor Bahru dan sekitarnya,” katanya.

Menurutnya, jika dikira pe­ningkatan caj ini nampak kecil, namun memberi kesan terhadap kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Ujarnya, punca utama adalah kerana peningkatan harga barang yang dilihat tiada kawalan, malah peniaga juga menaikkan harga sesuka hati.

Sementara itu, seorang lagi penjawat awam yang dikenali sebagai Rosli, 45, berkata, dia berharap pihak kerajaan tampil menyelesaikan masalah isu kenaikan harga barang ini dengan melaksanakan mekanisma yang memberi situasi menang-menang antara pengguna dan pe­ngusaha. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN