fbpx

Tiga PATI Indonesia dicekup lepas seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA PATI warga Indonesia yang dicekup selepas menyeberang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand dekat Tanah Merah semalam. - IHSAN ATM

TANAH MERAH – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia termasuk seorang wanita dicekup selepas mereka menyeberang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand untuk masuk ke negara ini secara haram semalam.

Ketiga-tiga PATI berusia dalam lingkungan 47 hingga 60 tahun itu diberkas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira pukul 3.30 pagi menerusi operasi serbu dan tangkap (Serkap) di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Briged).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, PATI itu ditahan selepas mereka menyeberang Sungai Golok untuk masuk ke negara ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga warganegara Indonesia itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Selain itu, dua buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Ringgit Malaysia, seutas rantai dan sebentuk cincin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM870 turut dirampas.

“Kesemua PATI yang ditahan itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ATM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang kegiatan jenayah khususnya melibatkan PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI