fbpx

Remaja maut selepas 4 hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki melihat motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu. - Foto IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan dua disahkan meninggal dunia hari ini apabila sudah bertarung nyawa hampir empat hari selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kadok-Padang Kala, Sabtu lalu.

Mangsa, Muhamad Danish Ikhfan Mohd. Hafizo, 14, menghembuskan nafasnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Kampung Kubang Bongor melalui Jalan Kadok-Padang Kala kira-kira pukul 10.40 malam pada Sabtu lalu.

Menurutnya, semasa melepasi jambatan tali air, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya ketika melalui kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan motosikal tersebut terbabas merempuh sebatang tiang telefon sebelum mangsa terjatuh dalam semak dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut. Muhamad Danish Ikhfan bagaimanapun disahkan meninggal di ICU hospital itu selepas empat hari dirawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, siasatan lanjut mendapati, nahas berpunca daripada mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya semasa melalui kawasan selekoh di jalan kampung yang sempit sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI