fbpx

Shah Rukh Khan bakal jadi bapa hero?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

DALAM kesibukan menjalani aktiviti padat, Shah Rukh Khan antara selebriti yang rajin melayani peminat dalam media sosial.

Pelbagai perkara dikongsi bintang Pathaan itu sama ada membabitkan perkembangan kerjaya seni, aktiviti harian mahupun keluarganya.

Terbaharu, Raja Bollywood itu yang suka bersembang dengan peminat menerusi Twitter dalam sesi ‘Ask SRK’ ditanya mengenai penerimaan andai ditawarkan memegang watak bapa kepada hero dalam sesebuah naskhah.

Jawabnya secara bersoloroh, dia meminta peminat yang bertanya soalan tersebut supaya menjadi bapanya dalam filem.

“Awak jadi bapa saya, saya jadi hero,” katanya.

Apa pun, pada usia 57 tahun, bintang kesayangan ramai itu tetap menjadi buruan produser yang meyakini kemampuannya menarik penonton.

Filem kontroversi Pathaan menjadi bukti aura aktor itu tetap kental sehingga naskhah tersebut meledak di pawagam termasuk di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI