fbpx

Anwar jejak kaki di WTCKL selepas 25 tahun malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika sidang akhbar di ibu pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini. - Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan diadakan di Menara Dato’ Onn malam ini bakal menghimpunkan semua kepimpinan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepimpinan semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan bakal berkumpul malam ini bagi mencari titik persamaan dalam mendapatkan sebarang keputusan.

“Perbincangan mengenai pelaksanaan manifesto dan akujanji parti bakal dibincangkan dalam mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Bangunan Dato’ Onn malam ini.

“Perbincangan malam ini akan menjurus kepada pencarian titik persamaan agenda rakyat dalam manifesto parti gabungan itu,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini.

Tambah beliau lagi, mesyuarat tersebut juga akan ada perbincangan beberapa agenda bagi memperkukuhkan kerajaan dan bukan hanya terarah pada isu politik semata-mata.

“Agenda merakyatkan berdasarkan manifesto atau akujanji, semua ini penting untuk dibincangkan untuk kita mencari titik persamaan di antara semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Mesyuarat yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan disertai oleh Ahmad Zahid serta pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.

Ahmad Zahid menambah, mesyuarat malam ini juga bakal menyaksikan Anwar menjejakkan kaki buat kali pertama di WTCKL selepas 25 tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI