fbpx

53 terkorban, puluhan bangunan runtuh di Turki, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di sebalik runtuhan bangunan lapan tingkat di Hama, Syria, selepas gempa bumi menggegarkan Turki hari ini. - AFP

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), menyebabkan sejumlah bangunan di beberapa buah bandar runtuh, manakala kerosakan turut berlaku di negara jiran, Syria.

Pegawai-pegawai tempatan berkata, 53 orang terkorban, namun angka korban dijangka terus meningkat kerana bencana berlaku ketika penduduk sedang tidur. 

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai  berdiri dalam salji sambil memakai baju tidur dan dalam keadaan terkejut. Mereka menyaksikan pasukan penyelamat menggali runtuhan kediaman-kediaman yang rosak.

Gempa berlaku pukul 4.17 (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer, kata agensi AS tersebut, manakala gegaran susulan bermagnitud 6.7 berlaku 15 minit kemudian. 

“Saya mengucapkan salam kepada semua rakyat kita yang terkesan akibat gempa bumi.

“Harapan kita adalah kita akan dapat mengharungi bersama bencana alam ini seberapa cepat yang boleh dan dengan kerosakan paling minimum,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan di laman Twitter.

Gempa itu meratakan berpuluh-puluh bangunan di serata bandar utama di selatan Turki di samping Syria. Negara jiran Turki itu dibelenggu keganasan selama lebih sedekad yang menyaksikan ratusan ribu orang terbunuh dan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian.

Stesen televisyen Turki dan sosial media menyiarkan imej menunjukkan anggota-anggota penyelamat menggali dicelah-celah runtuhan bangunan di bandar Kahramanmaras dan jirannya, Gaziantep. 

Stesen televisyen NTV melaporkan bahawa bangunan-banguna juga runtuh di bandar Adiyaman, Malatya dan Diyarbakir.

Sementara itu, gegaran turut dirasakan di Lebanon, Syria dan Cyprus, demikian menurut koresponden AFP.

Sekurang-kurangnya 42 orang turut terkorban di bahagian utara Syria, kata media tempatan.

Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan bahawa sebuah bangunan dekat Latakia di pantai barat Syria runtuh. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI