fbpx

Lelaki tercampak atas kubur, motosikal gagal potong lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami patah kaki kiri selepas tercampak di atas kubur di Tanah Perkuburan Masjid Alai di Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang lelaki melambung dan tercampak di atas kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Alai dekat sini selepas motosikal ditungganginya gagal memotong sebuah lori di Jalan Alai-Kandang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.24 pagi itu, mangsa, Muhammad Amiruddin Basir, 25, terselamat, namun mengalami patah kaki kiri dan dikejarkan ke zon kuning Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah Alai menuju ke Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Katanya, setiba di lokasi mangsa cuba memotong sebuah lori di hadapannya, namun telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta dari arah bertentangan yang nombor plat kenderaannya tidak dikenal pasti.

“Motosikal mangsa kemudian telah hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang guru berusia 37 tahun dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa telah melambung dan tercampak ke dalam kawasan perkuburan di Masjid kariah Alai dan mengalami patah kaki kiri,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI