fbpx

Real Madrid rapatkan jurang dengan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS meraikan jaringan ketika membantu Real menewaskan Valencia 2-0 pada aksi La Liga di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui terpaksa membayar harga yang mahal selepas Karim Benzema dan Eder Militao menga­lami kecederaan pada aksi La Liga yang menyaksikan pasukan menang 2-0 ke atas Valencia awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Santiago Bernabeu itu, The Galacticos tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan yang dilakukan oleh Marco Asensio dan Vinicius Jr. bagi memastikan pasukan kekal berada di tangga kedua liga ketika ini.

Menurut Ancelotti, Benzema dan Militao mengalami kecede­raan sehingga terpaksa dikeluarkan pada saingan tersebut tetapi kecederaan yang dialami oleh penyerang antarabangsa Perancis itu lebih ringan berbanding apa yang dihadapi tonggak pertahanan pasukan.

“Benzema mengalami kece­deraan tetapi ia tidak terlalu serius. Keputusan untuk kami menggantikannya adalah disebabkan mahu berjaga-jaga dan tidak mahu mengambil risiko.

“Situasi berbeza dialami oleh Militao yang mana tahap kece­deraan yang dialami agak serius dan mungkin perlu mendapatkan rawatan rapi.

Justeru, Militao tidak akan beraksi menentang Real Mallorca pada Ahad ini, manakala Benzema tiada masalah diturunkan,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan perlawanan, pengendali import dari Itali itu mengakui gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya meskipun berdepan dengan jadual padat ketika ini.

“Selepas Piala Dunia 2022, kami tiada waktu rehat dan bermain setiap tiga hari. Selepas ini kita akan fokus pada aksi bertemu Mallorca dahulu sebelum memberi tumpuan pada kempen Piala Kelab Dunia ming­gu depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI