fbpx

Terujanya dengar M. Nasir bagi jawapan panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TULAR video M. Nasir bercakap panjang ketika ditemu bual seorang TikToker.

JIKA sebut nama Datuk M. Nasir, automatik terbayang caranya menjawab soalan yang hanya memberikan jawapan pendek dan ringkas.

Kadangkala, jawapannya itu boleh membuat ramai geli hati dan dalam masa sama geram kerana terlalu ringkas.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Don Jany berjaya membuat M. Nasir berdialog panjang mengenai lagu yang mengetengahkan unsur dakwah secara tersirat.

Temu bual tersebut mendapat pujian dan rata-rata memuji cara Don bertanya soalan sehingga berjaya membuatkan M. Nasir memberi sebuah jawapan hebat.

“Kagum dengan jawapan M. Nasir, jatuh cinta dengan cara penggunaan bahasa Melayunya.

“Bahasa tubuh M. Nasir menunjukkan dia selesa dengan soalan Don dan sebab itu jawapan diberi juga mantap. Tahniah!” komen netizen.

Video tersebut turut tular dalam TikTok, Twitter dan Facebook dan meraih lebih 210,000 tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI