fbpx

Penang FC juara Piala Harapan, tumbang Selangor FC 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC dinobatkan sebagai juara Piala Harapan selepas menumbangkan Selangor FC 2-1 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang malam tadi.

BATU KAWAN – Skuad Penang FC meraih juara pada perlawanan akhir Piala Harapan 2023 setelah menumbangkan pasukan Selangor FC 2-1 di Stadium Negeri Batu Kawan di sini malam tadi.

Gol buat pasukan kendalian Ketua Jurulatih Manzoor Azwira itu berjaya diledakkan pemain import dari Lubnan, Sonny Saad pada separuh masa kedua, minit ke-75 dan 88.

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan pemain kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili Amerika Syarikat (AS) di peringkat remaja.

Gol tunggal pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu dijaringkan Muhammad Mukhairi Ajmal pada minit ke-25.

Kemenangan skuad Harimau Kumbang itu memberi harapan baharu buat penyokong Penang FC untuk beraksi cemerlang pada perlawanan Liga Super 2023 nanti.

Terdahulu, skuad Kenari meraih tempat ketiga selepas membenam kelab Singapura, Geylang 2-1 dalam perlawanan penentuan petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI