fbpx
ZARA Zya dan Niezam Zaidi disatukan sebagai bintang utama drama Segenap Takdir.

‘Kimia’ menjadi, Zara Zya, Niezam Zaidi sepadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPADAN! Itu antara komen yang dilontarkan peminat selepas tular beberapa keping foto Zara Zya bersama Niezam Zaidi.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika menjalani penggambaran untuk sebuah drama berjudul Segenap Takdir yang menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin.

Kebanyakan netizen dan peminat merestui gandingan Zara dan Niezam yang dianggap sebagai sepadan.

“Sepadan sungguh mereka berdua sebagai hero dan heroin. Tak sabar.

“Drama belum tayang tapi kami sudah teruja. Mesti keserasian mereka gempak!” kata netizen.

POPULAR