fbpx

Saintis rancang cipta bayi angkasa lepas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar-pakar merancang untuk mencipta bayi pertama angkasa lepas dengan menggunakan teknik IVF menjelang 2031. - Getty Images

LONDON  – Pakar-pakar dilaporkan merancang untuk menghasilkan bayi angkasa lepas dengan menggunakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), lapor portal berita Daily Star semalam.

Mereka berkata bahawa langkah itu boleh memberi laluan kepada manusia untuk mewujudkan koloni di luar planet Bumi. Saintis-saintis Britain bekerja sama dengan firma Belanda, Spaceborn United mengenai inseminasi buatan dalam satelit yang mengorbit angkasa lepas.

Ujian penerbangan untuk tujuan itu dijangka dilancarkan dari Kanada dalam tempoh tiga bulan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Spaceborn, Dr Egbert Edelbroek berkata: “Matlamatnya ialah manusia akhirnya akan dapat berkembang di luar planet ini dengan cara semula jadi. 

“Namun, untuk mencapainya dengan cara yang paling beretika dan optimum dari segi perubatan, kita perlu mengkajinya dengan teknologi pembiakan.”

Pada mulanya, mereka akan menggunakan sperma dan sel telur tikus dan usaha itu disokong oleh Asgardia iaitu sebuah komuniti antarabangsa angkasa lepas yang ditubuhkan pada 2016 untuk mewujudkan koloni manusia luar Bumi pertama.

Pada 2019, Edelbroek berkata, bayi pertama boleh dilahirkan di angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Namun, ketika bercakap pada Kongres Angkasa dan Sains pertama Asgardia, The Space Nation di Darmstadt, Jerman sebelum ini, CEO itu berkata, bayi pertama angkasa lepas itu akan berlaku menjelang 2031. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI