fbpx

Wanita menjawab ketika ditegur rakam filem di pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video tular yang memaparkan seorang wanita dikesan merakam sebuah filem di pawagam.

PETALING JAYA – Seorang wanita telah dilabel sebagai ‘bodoh sombong’ oleh netizen selepas melawan salah seorang kakitangan sebuah panggung wayang tempatan.

Kejadian tersebut berlaku selepas aksinya merakam sebuah filem dalam panggung wayang tersebut berjaya dikenal pasti.

Ketika ditegur oleh kakitangan tersebut, wanita berkenaan sempat berdalih serta bertanya pula hak kakitangan terbabit yang berani menegur aksinya.

“Kenapa tidak boleh rakam? Saya bayar. Tak payah sibuklah, jangan kacau saya,” jelas wanita tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial turut berpendapat bahawa wanita terbabit berkemungkinan kali pertama menonton filem di panggung wayang kerana tidak tahu mengenai undang-undang.

“Mungkin dia baru sampai bandar tu, tak pernah masuk wayang. Acah-acah cakap Inggeris nak nampakkan sudah biasa,” kata Kereem King.

“Muka cengkung, pakai topi, ada ‘slang’ orang putih sikit mungkin kali pertama masuk panggung ni,” jelas Indra Abu Oman.

“Senang saja panggil pengawal, biar dia ‘excuse-excuse’ dengan pengawal,” kata Faeszz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI