fbpx

Persefahaman PRN serentak dijangka capai hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun ketika mendengar taklimat pembangunan oleh pihak pemaju perumahan ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Bersama Sunrise MCL Land di Forest Height, Senawang, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Persefahaman berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak di enam buah negeri dijangka boleh dapat dicapai pada hujung bulan ini.

Ia selepas Menteri Besar dan Ketua Menteri enam buah negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka akan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang akan diadakan pada waktu itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu, dijangka pemimpin keenam-enam negeri terlibat akan mengambil peluang pada mesyuarat tersebut untuk mengadakan pertemuan tidak rasmi di antara mereka bagi membincangkan perkara berkaitan.

“Masih belum berjumpa lagi, kami akan ada Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri pada hujung bulan ini, ia akan dibincangkan secara tidak rasmi di situ, insya-Allah, jika mereka mahu segera, (pertemuan) akan diadakan lebih awal, tidak apa-apa, bila-bila masa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Bersama Sunrise MCL Land di Forest Height, Senawang di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kepemimpinan di enam negeri ‘mencapai persefahaman’ untuk membubarkan DUN masing-masing seawal-awalnya pada bulan Mei ini bagi memberikan laluan kepada PRN.

Aminuddin berkata, pihaknya memberikan cadangan supaya pembubaran DUN bagi negeri lain dapat dilakukan pada 1 Jun depan kerana tarikh itu penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada tarikh berkenaan.

“Jika selepas 18 Jun, tiada masalah, bulan Jun adalah okay, bulan Mei, bulan terakhir (penggal) DUN Negeri Sembilan, mungkin bubar awal seminggu dua. Akhirnya terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menetapkan tarikh PRN,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI