fbpx

Penjaja Rohingya digempur DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan dilakukan DBKL terhadap penjaja warga asing yang berniaga di sekitar pasar borong Kuala Lumpur, kelmarin. - Facebook DBKL

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap enam orang penjaja warga asing etnik Rohingya di sekitar pasar borong Kuala Lumpur, di sini kelmarin.

Menerusi hantaran di Facebook DBKL, pihaknya melalui Jabatan Penguatkuasaan membuat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti peniaga warga asing di sekitar luar dan dalam Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Sebanyak enam tindakan sita dan pindah barangan telah dilakukan terhadap penjaja sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijalankan oleh warga negara Myanmar (etnik Rohinya).

“Mereka yang menjaja di situ turut merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya dalam hantaran tersebut.

Justeru, tindakan sita dilakukan menerusi kesalahan menjalankan aktiviti penjajaan tanpa kebenaran dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL turut mengeluarkan 16 notis kompaun pelbagai kesalahan terhadap kenderaan yang membuat halangan lalu lintas menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Barangan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI