fbpx

Penempatan haram warga asing: MB Negeri Sembilan kecewa, terkejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN HARUN.

SEREMBAN – Laporan mengenai serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing di dalam hutan di Nilai di sini semalam amat mengejut dan mengecewakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tegas beliau, perkara berkenaan tidak sewajarnya berlaku dan ia seharusnya dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa lebih awal.

“Ia sudah wujud lama tetapi hanya baru dikenal pasti, di mana pihak berkuasa yang sepatutnya bertindak untuk kenal pasti dan cari maklumat? Kini terbongkar setelah sekian lama, dengan ada anak kecil, ibu malah ada sekolah, saya harap tidak berulang.

“Saya harap semua pihak berkuasa, tidak kira, polis, Imigresen, pihak berkuasa tempatan, supaya semak apa juga aduan, harus diambil tindakan segera. Saya tidak mahu, apabila ada perkampungan yang sudah lama, masa itu susah untuk kita pindahkan mereka.

“Saya ingatkan sekali lagi, ini tidak seharusnya berlaku, harap ia tidak berulang lagi di Negeri Sembilan, ini bukan isu kecil tetapi isu yang besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri kepada pemberita dalam satu majlis di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 67 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 36 orang kanak-kanak ditahan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring, Nilai di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI