fbpx

Newcastle tamatkan badi 24 tahun kemarau final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LONGSTAFF (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika membantu Newcastle menewaskan Southampton 2-1 pada separuh akhir EFL awal pagi semalam.

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe menyeru barisan pemain untuk terus mencipta sejarah selepas menamatkan kemarau 24 tahun dengan mara ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menewaskan Southampton dengan agregat 3-1 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad The Magpies bermain pada mana-mana pentas final adalah pada edisi 1999 yang menyaksikan mereka tewas kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA.

Kini, Newcastle memiliki peluang untuk menamatkan pe­nantian hampir 54 tahun dalam ­usaha menjulang trofi utama buat kali pertama sejak musim 1969.

Kata Howe, apa yang pasukan pamerkan sepanjang kejohanan Piala EFL adalah sesuatu yang membanggakan dan kini adalah peluang untuk barisan pemain terus mencipta sejarah dengan membuktikan tiada apa yang mustahil dalam arena bola sepak.

“Semua pemain sangat teruja dapat mara ke pentas final sekali gus beraksi di Stadium Wembley buat kali pertama sejak 1999 dan sudah pasti kami tidak mahu sekadar berpuas hati dengan ­prestasi semasa.

“Ini adalah peluang buat pasukan melakar sejarah termasuk saya memandangkan lebih 50 tahun kami tidak pernah menjulang apa sahaja kejuaraan di England dan sekarang adalah detik terbaik untuk menamatkan kemarau tersebut,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Newcastle, Sean Longstaff yang berjaya meledak dua gol untuk membantu pasukan melakar kemenangan 2-1 pada separuh akhir kedua semalam turut yakin rakan-rakan sepasukan bakal berikan yang terbaik di aksi final nanti.

“Jika anda katakan pada 12 bulan lepas bahawa kami akan mengecapi kejayaan seperti yang dipamerkan pada musim ini, sudah pasti saya katakan anda seorang yang gila. Namun, saya tidak mahu berpuas hati memandangkan kita hanya selangkah untuk menjulang trofi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI