fbpx

Kerajaan salur RM400,000 bina jambatan, jeti di Semporna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan dan jeti Pulau Pababag, Semporna, Sabah yang roboh baru-baru ini. IHSAN KKDW.

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina semula jambatan dan jeti Pulau Pababag, Semporna, Sabah yang roboh baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi pembinaan semula jambatan itu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan segera bagi keselesaan penduduk setempat.

“Saya telah mengarahkan KKDW untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera berhubung insiden itu.

“Kami dapati laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan pergerakan harian penduduk termasuk menghantar anak-anak ke sekolah serta Tadika Kemas, Pulau Pababag.

“Saya dimaklumkan seramai 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid Tadika Kemas menggunakan kemudahan jeti dan jambatan itu untuk ke sekolah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pada 30 Januari lalu, jambatan dan jeti kayu berkenaan telah roboh menyebabkan murid dan guru yang berada di lokasi berkenaan terjatuh ke dalam air.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas.

Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI