fbpx

Hasil tertinggi pernah dicapai, Sarawak raih RM11.9 bilion tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Kompleks DUN di Kuching, hari ini. Turut kelihatan timbalan-timbalan Premier dan menteri-menteri kabinet negeri.

KUCHING – Sarawak meraih hasil sebanyak RM11.9 bilion pada tahun lepas, melebihi unjuran hasil sebanyak 17 peratus daripada jangkaan RM10.2 bilion.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia merupakan prestasi hasil tertinggi yang pernah dicapai.

Menurutnya hasil Sarawak terdiri daripada empat kategori utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil termasuk geran dan pembayaran balik persekutuan.

Jelasnya hasil cukai menyumbang RM6.7 bilion atau 56 peratus daripada jumlah hasil, manakala kategori lain menyumbang 44 peratus.

“Di bawah kategori hasil cukai, Cukai Jualan Negeri (SST) menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip terdiri daripada minyak dan gas, kelapa sawit dan aluminium.

“Prestasi yang lebih baik dalam kutipan SST adalah disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi pada 2022 untuk produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata sebelum pengenalan SST ke atas produk minyak dan gas, khususnya bagi tahun kewangan 2018, hasil yang dikutip ketika itu ialah RM7.2 bilion.

Oleh itu, katanya prestasi hasil bagi tahun kewangan 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 2018. – KOSMO! ONLINE .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI