fbpx

Gunung berapi dasar laut meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung berapi dasar laut Epi mula meletus pada pagi semalam. - Mayline Leleny / Vanuatu Meteoro

PORT VILA, VANUATU – Sebuah gunung berapi dasar laut meletus berhampiran Vanuatu semalam menyebabkan letupan besar dan  abu naik dari permukaan laut, tidak jauh dari pantai negara Pasifik Selatan itu, lapor akhbar New York Post.

Jabatan Meteorologi dan Bahaya Geografi Vanuatu (VMGD) mengesahkan berlaku peningkatan aktiviti berdekatan gunung berapi Epi Timur sejurus sebelum pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Gambar-gambar yang dirakam beberapa jam selepas letusan berlaku menunjukkan ‘gunung’ abu dibebaskan ke udara.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, VMGD memberi amaran kepada pengemudi bot dan juruterbang agar menjauhi kawasan itu pada jarak sekurang-kurangnya 9.6 kilometer (km) dari zon letusan.

“Penduduk Epi dan pulau-pulau sekitarnya dinasihatkan agar kekal berwaspada bagi sebarang kejadian gempa bumi dan tsunami susulan letusan gunung berapi itu,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Terletak lebih 67 kilometer ke utara bandar  Port Vila, Epi Timur adalah sebahagian daripada gunung berapi dasar laut di luar pantai Epi, sebuah pulau yang terletak di tengah kepulauan Vanuatu.

Letusan semalam itu merupakan aktiviti pertama gunung berapi tersebut sejak 2004, lapor akhbar Miami Herald. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI