fbpx

Penerbangan ihsan bawa wanita mengandung alami tekanan darah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi dibawa ke HTAA dari Pulau Tioman hari ini.

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang wanita mengandung dari Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang tiba di Pulau Tioman pada pukul 1.35 petang berjaya membawa pesakit, Norfaadiana Zokis yang mengalami komplikasi tekanan darah tinggi ke HTAA.

“Pesakit bersama seorang doktor dan dua kakitangan Klinik Kesihatan Tekek yang menaiki helikopter berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 2.15 petang di Ibu Pejabat JBPM Pahang.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke HTAA Kuantan oleh ambulan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya penerbangan menggunakan pesawat AW189 (9M-BOE) melibatkan tiga krew penerbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI