fbpx

Bersatu akan beri kerjasama penuh – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melibatkan dakwaan salah laku yang dilakukan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

“Saya merujuk kepada laporan berita mengenai pembekuan akaun bank Bersatu oleh pihak SPRM. Bersatu dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada kami.

“Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat dapat dihentikan segera. Para pemimpin dan pegawai parti yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pihaknya melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan – Barisan Nasioanl (PH-BN) yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka bagi membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional.

“Kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.

“Bersatu sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli-ahli Bersatu dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian dan fitnah ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI