fbpx

Saksi kes samun warga emas diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian seorang lelaki warga emas diragut dua lelaki di sebuah stesen minyak di Klebang Jaya, Chemor, Ipoh semalam.

IPOH – Polis meminta saksi kejadian kes samun seorang lelaki warga emas di sebuah stesen minyak di Klebang Jaya, Chemor dekat sini tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.48 pagi semalam ketika mangsa berusia 65 selesai mengisi minyak.

Katanya, dua lelaki tidak dikenali yang memakai baju berwarna hitam telah berhenti di belakang motosikal mangsa dan meragut rantai leher emas miliknya.

“Mangsa dalam kejadian ini tidak mengalami kecederaan. Anggaran kerugian yang dialaminya berjumlah RM5,000.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, saksi awam yang melihat kejadian atau mempunyai kamera papan pemuka yang merekod maklumat kenderaan suspek diminta tampil membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI