fbpx

Pengarah syarikat beri rasuah lebih RM40,000 direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman empat hari selepas dipercayai memberi rasuah berupa wang tunai dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 sebagai balasan mendapatkan kontrak kerja untuk syarikatnya.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang juga merupakan pengarah di sebuah syarikat direman empat hari selepas dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang perbelanjaan dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000.

Perintah reman ke atas suspek sehingga 3 Februari ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek yang berusia lewat 40-an itu memberikan habuan tersebut kepada beberapa pegawai di sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikatnya.

“Pengarah syarikat yang ditahan itu turut didapati dianugerahkan projek berkaitan teknologi berjumlah kira-kira RM2 juta.

“Beberapa pegawai agensi keselamatan tersebut juga disyaki telah bersubahat dengan suspek dalam mengagihkan kontrak-kontrak berkenaan kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 hingga 2020,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, turut mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI