fbpx

Pelan Transformasi Al-Falah bakal perkasa hal ehwal Islam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Bagi Bulan Januari 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bakal melaksanakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau Al-Falah bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pelan berkenaan mengandungi lima teras selain 10 fokus gerak kerja dan juga lima nilai inisiatif utama yang sesuai serta praktikal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.

“Pelan gerak kerja bersama ini diterbitkan hasil beberapa proses libat urus pihak Pejabat Menteri dengan ketua-ketua dan wakil dari semua 14 buah agensi hal ehwal Islam,” jelasnya.

Beliau mengumumkan mengenai pelan berkenaan ketika berucap menyampaikan amanat bersempena Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri itu di Kompleks Islam, di sini hari ini.

Visi Membangun Malaysia Madani telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari lalu untuk mencipta lonjakan dan membina kekuatan negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, konsep Madani yang diperkenalkan kepimpinan negara bukan istilah asing, malah ia bersumberkan falsafah kenegaraan menurut ajaran Islam.

“Justeru, Al-Falah merealisasikan gagasan Malaysia Madani dengan digubah berasaskan kepada semangat seruan azan, Hayya ‘alal falah, untuk kita menuju kejayaan,” katanya.

Menerusi pelan transformasi itu, beliau mengajak seluruh warga kerja agensi hal ehwal Islam itu berganding bahu bersama bagi membina semula kegemilangan tamadun ummah.

Beliau merujuk teras pertama Al-Falah yang akan memfokus dua gerak kerja besar iaitu pengislahan dasar tadbir urus institusi serta pemantapan penyelidikan dan persuratan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI