fbpx

Lelaki larikan bas sekolah dakwa mahu pulang ke Kapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selepas didakwa melarikan bas sekolah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah - Jasin (AMJ) berhampiran Taman Malinja, petang semalam.

MELAKA – Suspek yang cuba melarikan sebuah bas sekolah dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Taman Malinja di sini petang semalam direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 2 Februari itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berusia 27 tahun berjaya dicekup oleh orang awam sebelum ditangkap semula oleh pasukan polis pada pukul 6.26 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek merupakan seorang penganggur dan berasal dari Kapar, Selangor.

Katanya, hasil soal siasat, suspek yang masih bujang mendakwa dia bertindak melarikan bas sekolah tersebut kerana ingin pulang ke Kapar.

Keadaan bas sekolah yang terbabas ke longkang di bahu jalan selepas cuba dilarikan suspek di Lebuh AMJ, Melaka. – Foto SYAFEEQ AHMAD

“Hasil semakan lanjut suspek mempunyai rekod jenayah cuba melarikan kereta pada tahun 2013 dan disiasat mengikut Seksyen 379A serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Hasil soal siasat suspek memberitahu dia melarikan bas sekolah terbabit kerana ingin pulang ke Kapar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan trafik di Lebuh AMJ berhampiran Taman Malinja bertukar kecoh apabila seorang lelaki cuba melarikan sebuah bas sekolah sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

Menurut ahli keluarga pemilik syarikat bas berkenaan, Zaidi Basri, 42, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh bapa saudaranya yang melihat kenderaan tersebut dilarikan suspek dari tempat parkir di sebuah stesen minyak kira-kira pukul 5.30 petang.

Pengadu kemudian telah mengekori bas tersebut sebelum melihat ia terbabas ke longkang di bahu kiri jalan dan suspek berjaya dicekup dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI