fbpx

Hishammuddin tunjuk surat digantung ahli UMNO tanpa sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan beliau baru sahaja menerima surat rasmi berhubung penggantungannya sebagai ahli UMNO.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, surat bertarikh semalam itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab penggantungan.

Surat rasmi penggantungah keahlin UMNO yang diterima Hishammuddin hari ini

“Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya.

“Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu, penggantungan keahlian itu dibuat di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO selepas beliau didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Penggantungan tersebut katanya adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Terdahulu, dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lalu, dua pemimpin juga telah dipecat iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI