fbpx

Waktu puncak dipanjangkan, perkhidmatan alternatif LRT laluan Ampang lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi terkini di platform stesen LRT Hang Tuah dalam keadaan terkawal.

PETALING JAYA – Operasi laluan alternatif perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang, Sri Petaling melibatkan tren ‘shuttle’ (ulang-alik) antara Stesen Hang Tuah dan Masjid Jamek dilaporkan berjalan lancar, hari ini.

Pekhidmatan itu diaktifkan akibat gangguan yang berlaku di antara dua stesen LRT iaitu Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, operasi tersebut turut membabitkan perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan kepada para penumpang.

“Berdasarkan pemerhatian di stesen-stesen utama seperti stesen Hang Tuah dan Masjid Jamek pada waktu puncak pagi dan petang mendapati pergerakan penumpang adalah lancar dan terkawal.

“Sebanyak 34 buah bas perantara percuma telah diaktifkan bagi membawa penumpang-penumpang sebagai pilihan perjalanan alternatif,” katanya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan LRT laluan Ampang dan Monorel turut dilanjutkan bermula hari ini bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen.

“Waktu puncak dipanjangkan dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala waktu puncak petang dari pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam,” ujarnya.

Terdahulu, perkhidmatan LRT di antara dua stesen iaitu Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek telah dihentikan pada Jumaat lalu selepas landasan berhampiran didapati bengkok.

“Ia dipercayai berlaku akibat keretakan struktur ‘viaduct’ di kawasan tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI