fbpx

[VIDEO] Tongkang sarat kontena hampir karam di perairan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tongkang sarat dengan muatan kontena yang hampir tenggelam di perairan dekat Butterworth, Pulau Pinang, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Sebuah tongkang yang sarat dengan muatan kontena dilaporkan hampir karam semasa dalam pelayaran berhampiran perairan di Butterworth, Seberang Perai Utara, dekat sini hari ini.

Setakat ini dikatakan tiada sebarang kemalangan jiwa membabitkan kru-kru kapal yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sebelum itu, tular satu video yang dimuat naik menerusi satu laman Facebook mengenai kejadian sebuah tongkang yang dalam keadaan hampir tenggelam dirakam kumpulan nelayan pantai di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, menerusi video berdurasi satu minit empat saat itu turut kelihatan sebuah kapal sedang menunda tongkang terbabit ke pelabuhan berhampiran.

Difahamkan, pihak Jabatan Laut sedang menyiasat punca berlakunya kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI