fbpx

Tuduhan terhadap saya tidak adil – Khairy Jamaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – “Apa yang saya katakan bukan untuk lawan parti dan ahli UMNO, tapi melawan kepimpinan parti sekali gus diambil sebagai kritikan,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, kenyataan dikeluarkan beliau sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan untuk menjatuhkan parti, bahkan sebagai meraih sokongan pengundi terhadap UMNO.

“Saya cuba katakan ada hari yang lebih baik untuk UMNO. Saya cuba katakan bahawa saya mewakili generasi baharu yang mahukan UMNO dipulihkan dan diperbaharui. Saya tidak melihat bagaimana mesej yang positif berhubung kekecewaan rakyat terhadap UMNO dan mahu mengembalikan kredibiliti parti tertua ini sebagai negatif.

“Dalam masa sama, saya bertanding di kawasan bandar yang mana sokongan di situ terhadap UMNO untuk bertahun-tahun lamanya merosot. Justeru kenyataan saya itu bukan untuk menjatuhkan UMNO sewaktu kempen PRU15.

“Ia memberi harapan kepada orang-orang yang hilang kepercayaan kepada UMNO sekali gus mereka memberikan sokongan kepada parti ini,” katanya menerusi temu bual bahasa Inggeris rancangan The Breakfast Grille dikendalikan saluran radio BFM.

Berhubung pemecatan daripada UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berkata, beliau mengetahuinya melalui media sosial selain mendakwa tidak mendapat pemakluman secara rasmi.

“Macam orang lain juga di mana kita menunggu kenyataan rasmi daripada ibu pejabat parti. Sudah tentu saya juga ada rakan-rakan di dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memaklumkan melalui WhatsApp, ‘it’s over, chief you out’ (selesai sudah, ketua awak keluar).

“Mana-mana organisasi pun perlu mengikuti proses tertentu dan dalam isu disiplin pula, anda perlu menghantar surat seterusnya membolehkan seseorang tersebut berada di hadapan lembaga disiplin bagi menjelaskan dan menjawab segala tuduhan.

“Tapi saya tak dapat pun surat dan saya tidak ditanya bagi mewakili diri sendiri untuk membolehkan berada di hadapan lembaga disiplin,” tegasnya yang menyifatkan tindakan tersebut dilihat tidak adil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI