fbpx

Mas Idayu ‘kunci mulut’, tiada komen buat peserta Famili Duo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Idayu ketika berada di kerusi penjurian program Famili Duo pada minggu ketujuh.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut yang juga juri program Famili Duo, Mas Idayu malam ini, bertindak untuk berdiam diri tanpa memberi sebarang komen ke atas tujuh pasangan peserta bagi persembahan minggu ketujuh.

Perkara itu dimaklumkan rakan juri yang juga penyanyi serta komposer, Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas selepas selesai persembahan pertama daripada Siti Sisters.

“Saya menghormati keputusan beliau (Mas Idayu) untuk tidak memberi sebarang komen kepada peserta malam ini.

“Beliau takut komennya nanti akan disalah tafsir oleh orang lain,” katanya.

Terdahulu, program Famili Duo menjadi bualan apabila salah satu pasangan peserta, Sissy Imann menangis dan tidak muncul di pentas ketika babak akhir program Famili Duo bagi minggu keenam selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI