fbpx

Polis nafi nahas berlaku di Ulu Bendul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maklumat tidak tepat yang tular di media sosial hari ini

KUALA PILAH – Polis Kuala Pilah menafikan mesej tular hari ini berhubung nahas ngeri membabitkan seorang wanita dalam keadaan parah dan waris tiga kanak-kanak dicari berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, berdasarkan maklumat yang ditularkan di laman sosial serta aplikasi Whatsapp itu, kejadian tersebut didakwa berlaku di Ulu Bendul.

“Untuk makluman, setakat ini tidak ada laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan kita juga membuat semakan berhubung lokasi namun tidak berlaku seperti yang ditularkan.

“Kita sahkan kes ini tidak berlaku di Kuala Pilah dan berkemungkinan berlaku di negeri lain. Lokasi tempat kejadian dipercayai berdekatan Susur Sungai Choh Hulu Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat berhubung kejadian nahas ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia. Turut terakam ialah seorang wanita dalam keadaan cedera parah serta masih bernyawa di dalam longkang di tebing jalan.

Selain itu, terdapat gambar tiga kanak-kanak dengan keterangan mencari waris susulan kejadian tersebut.

Bagaimanapun seorang pengguna media sosial dengan nama Julia Senin Ju memberikan komen dan mendakwa kejadian tersebut berlaku di Jalan bypass Rawang ke Kuala Lumpur dan kejadian tersebut membabitkan jirannya.

“Macam mana boleh ada cerita dekat Ulu Bendul pula… Inilah diantara fitnah dunia. Apa pun doakan yang baik-baik. Semoga ibu bapa mereka diberikan kesembuhan dan anak-anak kembali sihat, baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI