fbpx

Dihukum tanpa diberi ruang membela diri – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar

PETALING JAYA – ‘Saya bersuara, akhirnya dihukum tanpa diberi ruang membela diri’

Demikianlah luahan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar di akaun Facebooknya susulan pemecatannya oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Ujarnya, dia rela dipecat daripada digantung enam tahun kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang ‘menghancurkan’ UMNO.

“Saya tidak sanggup tinggalkan parti keramat ini, tapi saya memilih untuk tidak bersekongkol dengan pemimpin yang menguburkan UMNO.

“Saya bersuara, akhirnya dihukum tanpa diberi ruang membela diri,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Selain Noh Omar, Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar turut dilucutkan jawatan daripada parti tersebut.

Sementara itu, empat lagi ahli antaranya, Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Salim Shariff turut digantung keahlian.

Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang juga digantung keahlian selama enam tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI