fbpx

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 327 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan pemantauan banjir di sekitar Kampung Setajam di Rompin hari ini.

ROMPIN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan peningkatan kepada 327 orang berbanding 320 orang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 99 keluarga dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Seramai 165 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Setajam, 40 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Lepas, tujuh mangsa dan 122 mangsa daripada 35 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Rekoh.

“Pasukan APM terus melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air dan juga kawasan berisiko banjir,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hanya Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI