fbpx

Zelenskyy rombak pentadbiran, terpalit kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelenskyy berada di pejabatnya di Kiev- AFP

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy memulakan rombakan pentadbiran kelmarin selepas kerajaan pimpinan beliau digegarkan oleh skandal rasuah yang menyaksikan timbalan ketua pejabatnya dan sekurang-kurangnya 10 pegawai lain meletak jawatan, lapor portal berita UPI.

Pegawai paling kanan dikeluarkan daripada pentadbirannya ialah Kyrylo Tymoshenko. Tymoshenko bertanggungjawab menyelia dasar serantau dan pernah bekerja dalam kempen pilihan raya Zelenskyy.

Seramai enam timbalan menteri dan lima gabenor untuk wilayah Dnipropetrovsk, Zaporizhzhia, Kyiv, Sumy serta Kherson masing-masing bertindak meletakkan jawatan, kata seorang pegawai perhubungan untuk kabinet Zelenskyy kepada Parlimen.

Sebelum ini Tymoshenko menjadi bahan berita akhbar Ukraine yang mendakwa beliau menjalani gaya hidup mewah termasuk memiliki beberapa kereta sport tetapi beliau menafikan sebarang salah laku.

Dalam tempoh 11 bulan sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine, Tymoshenko kerap muncul di kaca televisyen ekoran peranannya sebagai jurucakap kerajaan Ukraine semasa peperangan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Vyacheslav Shapovalov pula meletak jawatan selepas timbul dakwaan beliau mengetuai pembelian makanan untuk tentera pada harga yang melambung tinggi.

Bagaimanapun, Jabatan Pertahanan Ukraine menyatakan, ia merupakan kesilapan teknikal dan tiada wang bertukar tangan.

Shapovalov berundur selepas laman berita Ukraine menyiarkan siasatan berhubung kes tersebut Isnin lalu, manakala kertas siasatan telah dibuka oleh Biro Pencegahan Rasuah Kebangsaan Ukraine.

Dalam ucapannya setiap malam Isnin, Zelenskyy berkata, beliau sudah membuat keputusan mengenai kedudukan pegawai-pegawai di pelbagai peringkat di kementerian, badan kerajaan pusat dan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang.

Presiden itu juga mengumumkan larangan segera ke atas pegawai-pegawai ke luar negara di mana beliau memberi amaran bahawa kakitangan kerajaan yang tidak mematuhi peraturan itu akan dipecat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI