fbpx

Malaysian Tigers pilih strategi menyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara sedia mengulangi persembahan positif ketika aksi Piala Sultan Azlan Shah hujung tahun lalu apabila turun berdepan Afrika Selatan hari ini.

BHUBANESWAR – Malaysia menagih sentuhan penyudah tajam Muhammad Razie Abd. Rahim menerusi pukulan sudut penalti untuk menewaskan Afrika Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 hari ini.

Perlawanan itu amat penting buat skuad hoki negara untuk mendapatkan semula moral dan keyakinan para pemain selepas nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagal ke suku akhir Piala Dunia Hoki 2023.

Setakat empat perlawanan, Malaysia cuma berjaya menyempurnakan dua daripada 23 pukulan sudut penalti masing-masing satu melalui Razie dan Norsyafiq Sumantri.

Jika Razie mendapat semula ketajamannya, Speedy Tigers dijangka tiada masalah menewaskan Afrika Selatan seperti dilakukannya ketika meledak hatrik sewaktu menang 7-2 di Piala Sultan Azlan Shah hujung tahun lalu.

Skuad negara di ranking ke-10 dunia juga tidak boleh cepat hilang bola selain menggunakan kepantasan dengan melakukan serangan bertali arus ke kawasan D Afrika Selatan melalui baha­gian kiri serta kanan.

Situasi itu mungkin memboleh­kan Malaysia dianugerahkan pukulan sudut penalti atau membuka ruang kepada Faizal Saari menggunakan ketenangan dan kemahirannya untuk meledak seberapa banyak gol.

Berdasarkan sesi latihan semalam, anak-anak buah A. Arul Selvaraj itu tetap bersemangat seperti sudah melupakan kekecewaan tewas 3-4 menerusi pe­nalti shoot-out kepada Sepanyol selepas terikat 2-2 pada Ahad lalu.

“Suasana kem negara begitu positif walaupun pemain masih kecewa. Sebagai atlet antarabangsa, perkara sebegini boleh berlaku di kejohanan seperti ini.

“Pemain sebenarnya mampu bangkit dan fokus semula kepada tanggungjawab mereka menentang Afrika Selatan. Saya percaya para pemain negara mampu lakukan yang terbaik,” kata pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi.

Jika menang di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela hari ini, Malaysia akan menanti pemenang antara Jepun dan India dalam klasifikasi tempat kesembilan dan 12 pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI