fbpx

Reaksi lucu Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI

LUCU pula tengok respons Haqiem Rusli apabila namanya tiba-tiba kena petik dalam isu membabitkan ‘pergaduhan’ antara dua wanita dalam Twitter minggu ini.

Entah macam mana kronologinya pun Mizz Lahar tak berapa faham, tapi katanya seorang daripada wanita itu mendakwa pernah ada hubungan dengan Haqiem sebelum ini.

Mendengarkan namanya kena petik, Haqiem menerusi Twitter menulis status lucu berbunyi: “Tiber.” Merujuk kepada situasi dan tindakan wanita terbabit yang tiba-tiba mengaitkan namanya walhal perkara tersebut sudah lama berlalu.

Paling tak boleh tahan, pelantun Mimpi itu siap melancarkan lagu pendek berdurasi 23 saat berjudul Tiber, khas untuk situasi yang berlaku tersebut.

“Dia macam tiber, tapi takpe,” tulis Haqiem.

Aduh, kalau dah namanya artis, benda-benda begitu pun boleh jadi idea buat lagu. Kelakar habis sampaikan ramai yang turut ketawa dengan reaksi spontan Haqiem yang tak melatah bukan-bukan semasa terkait isu.

Mujurlah sampai tak bergaduh dengan isteri ya Haqiem.

Mizz Lahar: Tak sabarnya nak imbau memori zaman remaja dalam konsert New Boyz bulan depan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI