fbpx

Jamie dicurangi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMIE

TIDAK lama selepas membuat pengakuan sedang menjalin hubungan cinta dengan Goo Min-chul, Jamie tiba-tiba tampil dengan pendedahan tentang kecurangan kekasihnya itu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik nama sebenar Park Ji-min itu dalam InstaStorynya.

Selain mendakwa teman lelakinya curang, Jamie turut berkongsi gambar mesra mereka sedang bermain ski bersama.

“Apabila anda menjumpai teman lelaki anda curang. Saya amat menyukainya dan dia masih tidak tahu tentang perkara ini.

“Yang pasti dia akan ditendang daripada dalam hidup saya. Selamat bergembira bersama empat hingga lima perempuan.

“Saya juga akan mencipta lagu terbaik mengenai awak. Kepada pengikut saya, jangan hentam dia kerana perbuatan tersebut merupakan sifat lelaki,” ujarnya.

Kini, entri tersebut sudah dipadam oleh Jamie tanpa sebab yang dijelaskan secara perinci. Min-chul juga masih berdiam diri sebarang respons terhadap apa yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI