fbpx

25 tan bekalan makanan selamat tiba di kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter jenis A109E digunakan untuk menghantar bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Lalok, Pos Bihai, Gua Musang. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan 28 penerbangan bagi operasi menghantar 25 tan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli dalam tempoh tiga hari.

Pegawai Operasi Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM Subang, Penguasa Kanan Bomba II, Wahyudi Mohd. Sayuhti berkata, bantuan penghantaran itu dijalankan selepas jalan perhubungan ke 13 pos dan kampung Orang Asli di daerah ini rosak sehingga mereka terputus hubungan.

Sebanyak tiga pesawat iaitu Agusta 109 E (A109E), Agusta Westland 189 (AW189) dan Mi-17-IV digerakkan untuk menghantar bekalan ke Pos Gob, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Hau, Pos Balar dan Pos Bihai.

“Operasi itu sepatutnya dijadualkan bermula Jumaat lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan hujan berterusan selama tiga hari melanda Gua Musang,” katanya selepas operasi terakhir penghantaran 25 pek bekalan makanan menggunakan helikopter A109E ke Kampung Lalok, Pos Bihai hari ini.

Menurut Wahyudi, sebanyak 25 tan makanan dihantar kepada 1,413 keluarga masyarakat Orang Asli dalam tempoh tersebut.

Antara cabaran sepanjang operasi adalah keadaan awan yang rendah selain jarak penglihatan yang terhad kerana hujan masih melanda daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI