fbpx

Pelajar IPT ‘kantoi’ bercuti satu bilik hotel ditangkap khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JHEAT sedang menyoal siasat salah satu pasangan yang ditangkap khalwat di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu pada baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Sepasang kekasih yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memberi alasan mahu melepaskan lelah setelah bersiar-siar di bandar raya ini sewaktu ditahan dalam operasi pencegahan maksiat di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, sewaktu diserbu, mereka yang merupakan penduduk tempatan dan berusia dalam lingkungan 20-an berada di dalam keadaan mencurigakan di dalam premis berkenaan.

“Serbuan di hotel sama turut menahan pasangan lain yang berusia 20-an ketika mereka sedang nyenyak tidur, dimana pasangan itu berasal luar Terengganu dan bercuti di negeri ini sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Khairul Azizi berkata, dua pasangan tersebut telah ditahan mengikut Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI