fbpx

Ingatkan mabuk, rupanya tahan sakit gara-gara ‘slip disc’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di akaun @Bohjankl menunjukkan lelaki tersebut terbaring sambil meraung kesakitan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang disangkakan mabuk, rupa-rupanya mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc) sehingga terbaring sambil meraung kesakitan di hadapan pintu masuk sebuah kondominium.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @Bohjankl, lelaki itu dilihat tidak mampu bergerak kerana terlampau sakit dan meraung meminta tolong.

“Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki tiba-tiba terjatuh depan aku selepas itu meraung.

“Aku sangka dia mabuk sebab sudah pukul 5 pagi. Rupa-rupanya dia meraung kesakitan sebab ‘slip disc’.

“Sebelum ini dia pernah menjalani pembedahanm, tetapi kali ini diserang semula selepas turun daripada motosikal,” tulisnya di dalam video itu.

Menurtnya, dia segera menghubungi talian kecemasan dan tidak lama selepas itu pasukan perubatan tiba untuk membawa pemuda tersebut ke Hospital Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berterima kasih kepada @Bohjankl kerana menyelamatkan pemuda itu di samping mendoakan agar pesakit tersebut diberi kesembuhan segera.

“Mujurlah kebetulan terjumpa dia. Sakitnya mesti tak tertahan sampai menangis. Tolak ke tepi rasa malu, terima kasih bantu adik itu,” komen Mazura.

“Memang sakit sangat bila kena slip disc… hanya yang pernah kena sahaja yang tahu. Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan sahabat, amin,” komen pengguna lain.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan, 138,800 tanda suka dan 2,579 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI