fbpx

Banjir: Keadaan di Johor semakin memburuk, mangsa meningkat kepada 3,612

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Paya Merah Lama, Labis, Segamat ke pusat pemindahan sementara yang lebih selamat apabila kediaman mereka diteggelami air.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding malam semalam apabila seramai 3,612 individu kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh Johor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mereka yang terjejas terdiri daripada 1,014 keluarga.

Menurut beliau, lima daerah terjejas akibat banjir iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

“Segamat menjadi daerah terjejas teruk akibat banjir dengan seramai 1,392 penduduk terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 13 buah PPS dibuka di daerah berkenaan melibatkan Kampung Pekan Air Panas, Kampung Sungai Gatom, Labis; Kampung Paya Merah, Segamat Kecil, Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Tenang, Kampung Lembah Bakti dan Kampung Usaha Jaya.

“Ini diikuti dengan daerah Kluang iaitu seramai 1,139 mangsa, Kota Tinggi (557), Mersing (403) dan Batu Pahat (121).

“Antara PPS yang dibuka di seluruh negeri ini temasuklah PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas; Dewan Pusat Banjir Jakoa; Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih meletakkan sebahagian besar negeri ini di bawah Amaran Hujan Berterusan iaitu bahaya khususnya di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Dalam pada itu, empat jalan telah ditutup sementara akibat dinaiki air iaitu Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi; Jalan Senai-Gemas dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat serta Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai akibat tanah runtuh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI