fbpx

Aset Malaysia cukup pertahankan Beting Patinggi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika sidang akhbar di galeri perumahan SASaR, Sungai Besi hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai aset yang cukup untuk mempertahankan kawasan pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali.

Beliau turut menegaskan, Malaysia sentiasa mengawasi keadaan dengan pasukan tentera laut, tentera darat dan juga tentera udara bersiap-sedia.

“Kita juga meletakkan kita punya aset di sana supaya tidak menjadi ‘doctrine of estopple’ dimana tidak ada pihak yang menuntut.

“Ini kawasan pertindihan, kawasan pertindihan begitulah masing-masing akan cuba untuk membuktikan itu kawasan mereka.

“Kita pun akan buktikan dengan aset kita berada di sana membuktikan kita juga mahu tuntut kawasan kita,” katanya dalam sidang akhbar di galeri jualan projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), Sungai Besi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas penampakan kapal Pengawal Pantai China di kawasan itu baru-baru ini.

Beting Patinggi Ali merupakan gugusan batu karang terbesar di Laut China Selatan yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI