fbpx

226 penghuni Rh. Bujang tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang meranapkan Rh. Bujang di Rantau Kiran, Kampung Medamit, Limbang pada pagi tadi.

LIMBANG – Seramai 226 penghuni Rh. Bujang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nanga Mendamit digerakkan ke lokasi untuk memadam api.

“Pihak kami menggunakan air tangki jentera, air tangki rumah panjang dan air terbuka dengan kaedah ‘relay pumping’ daripada kolam berhampiran untuk memadam kebakaran.

“Pemadaman turut dibantu anggota PBS Nanga Medamit. Setelah api dikawal, ketua operasi memaklum kebakaran memusnahkan 100 peratus rumah panjang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa.

Seramai 70 lelaki dewasa, 63 wanita dewasa, 28 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, seorang OKU dan 43 warga emas hilang tempat tinggal dalam kejadian tersebut. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI