fbpx

Beli nugget ayam, dapat inti besi dawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'Nugget' ayam goreng berintikan besi dawai dikongsikan Azwani pada Facebook.

PETALING JAYA – Beli nugget ayam goreng, sedang asyik mengunyah rupa-rupanya ia mengandungi besi dawai.

Itu pengalaman dilalui seorang wanita dikenali sebagai Azwani selepas membeli nugget ayam menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi. Petang semalam lepak di satu tempat ini, ‘order’ (pesan) nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak kedai memaklumkan mereka hanya menggoreng nugget yang diambil daripada bungkusan.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen yang memberi cadangan supaya wanita itu membuat aduan kepada syarikat pengeluar makanan berkaitan.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang periksa dan memang terdapat besi (bahagian mesin). Mereka bawa cenderahati dan minta maaf,” kata Shah Shamsudin.

“Ini isu keselamatan makanan. Boleh buat aduan (kepada pihak yang berkaitan),” kata Azrulshafiq Bakar pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI