fbpx

Banjir: Mangsa di Kluang meningkat kepada 190

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMALUDIN (kanan) melawat mangsa banjir yang dipindahkan ke SRJK Cina Ping Ming, Kluang hari ini.

KLUANG – Hujan luar jangkaan yang turun tanpa henti sejak awal pagi tadi hingga petang ini menjadi sebab utama banjir dan peningkatan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pegawai Daerah Kluang, Jamaluddin A.Hamid berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, mangsa yang sudah dipindahkan adalah seramai 190 orang daripada 49 keluarga.

Katanya, empat PPS yang sudah dibuka adalah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Ping Ming, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana, Sekolah Rendah Agama Sri Tengah dan Dewan Orang Ramai di Chamek.

“Manakala mangsa yang dipindahkan adalah mereka yang tinggal di Pusat Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Sawi, Kampung Tengah Dalam, Kampung Palembang dan Kampung GSA Chamek.

“Dalam pada itu, semua jalan negeri dan persekutuan dalam Daerah Kluang masih boleh dilalui semua jenis kenderaan,”katanya

Jamaluddin yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah (PPBD), berkata demikian selepas melawat mangsa banjir yang dipindahkan ke SRJK Cina Ping Ming hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI