fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Johor meningkat kepada 1,703

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat memindahkan mangsa banjir ke PPS Dewan Muafakat Jalan Balau, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi hari ini.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 1,703 penduduk melibatkan 469 keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, sehingga kini, sebanyak 16 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Segamat, Kluang dan Kota Tinggi.

“Segamat menjadi daerah terjejas teruk akibat banjir dengan sebanyak lapan PPS dibuka bagi menempatkan 1,229 penduduk yang terdiri daripada 345 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Kluang, Azmi berkata, mangsa banjir meningkat kepada 300 orang daripada 84 keluarga.

“Mereka dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Bentong, Balai Raya Kampung GSA Chamek, Sekolah Agama Sri Tengah dan Balai Raya Kampung Muhibbah. Mangsa banjir Kluang yang selebihnya adalah dari kawasan Perumahan SPKR Yap Tau Sah dan Kampung Palembang.

“Mereka tempatkan di PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJCK) Ping Ming dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana sejak jam 11 pagi tadi,” tambahnya.

Katanya, jumlah terkini mangsa banjir fo Kota Tinggi, adalah seramai 174 orang daripada 40 keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas dan Taman Desaru Utama yang dipindahkan ke Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Taman Desaru Utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI