fbpx

3 ekor kuda berkeliaran di sekitar Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tiga ekor kuda yang didakwa bertuan masih berkeliaran di sekitar Ampang hari ini.

PETALING JAYA- Tiga ekor kuda yang didakwa bertuan didapati berkeliaran di jalan raya di kawasan menghala ke Bukit Ampang Selangor hari ini.

Melalui Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, ketiga-tiga kuda dipercayai bertuan tetapi hingga kini tiada pihak mengaku sebagai pemilik.

Tambah hantaran tersebut lagi, seekor daripada kuda tersebut kelihatan lemah dan tidak mampu bangun.

“Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi mengesan pemilik.

“Pengesanan tersebut bertujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan,” jelas hantaran itu hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI