fbpx

Polis siasat Rishi Sunak tanggal tali pinggang keledar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunak memohon maaf atas perbuatan membuka tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta. - Instagram

LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berdepan siasatan polis untuk kali kedua dalam tempoh setahun selepas beliau dirakam tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Polis Lancashire mengesahkan bahawa pihaknya akan menyiasat kesalahan yang dilakukan Sunak.

Siasatan itu dijalankan hanya sembilan bulan selepas pemimpin berkenaan disaman oleh Polis Metropolitan kerana melanggar peraturan sekatan Covid-19 bersama-sama bekas perdana menteri, Boris Johnson.

“Kami menyedari perkara itu dan kami akan menelitinya,” kata jurucakap Polis Lancashire.

Sunak memuat naik sebuah video yang memaparkan kesalahan itu di akaun Instagramnya ketika dalam perjalanan ke bandar Morecambe.

Downing Street kemudian mengeluarkan kenyataan yang mengakui kesalahan Sunak dengan menyatakan bahawa beliau membuka tali pinggang keledar seketika untuk merakam sebuah video bagi mempromosikan dana pembinaan perkhidmatan tren, Levelling Up.

Jurucakap Downing Street berkata, Sunak mengakui sepenuhnya ia adalah satu kesalahan dan memohon maaf.

“Perdana Menteri percaya semua orang harus memakai tali pinggang keledar. 

“Ia adalah kesilapan dalam menilai. Beliau (Sunak) menanggalkannya dalam tempoh yang singkat untuk merakam video tetapi mengakui ia adalah kesilapan,” kata jurucakap berkenaan.

Rakyat Britain berdepan denda sehingga £500 (RM2,661)  jika didapati tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI