fbpx

Penternak rugi 13 ekor kambing rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran kandang kambing di Kampung Ayer Tawar petang tadi.

JASIN – Seorang penternak menanggung kerugian hampir RM20,000 apabila 13 ekor kambing ternakannya mati dalam kebakaran sebuah kandang di Jalan Datuk Nawar, Kampung Ayer Tawar, di sini, petang tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Nurazmi Nasir, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 4.09 petang.

Katanya, sepasukan jentera bersama lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum tiba tujuh minit kemudian.

“Setiba di lokasi kita dapati benar terdapat kebakaran kandang kambing berkeluadan 30×30 kaki persegi.

“Sebanyak 13 ekor kambing mati dan sembilan ekor dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Kambing yang mati dalam kejadian kebakaran kandang di Jalan Datuk Nawar, Kampung Ayer Tawar, Melaka, petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, difahamkan pemilik dianggarkan mengalami kerugian hampir RM12,000 dalam kejadian tersebut.

“Nilai sebenar kerugian masih belum diperolehi, namun kita anggarkan bagi seekor ternakan itu berharga antara RM1,000 sehingga ke RM1,500.

“Punca kebakaran juga masih dalam siasatan pasukan penyiasat,”katanya.

Jelasnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.15 petang dan jentera bergerak semula ke BBP selepas memastikan tiada bahaya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI